22 hari dirawat di IJN, Tun M keluar sebentar menikmati kopi

Iklan
Dr Mahathir meluangkan masa menikmati kopi di pusat membeli belah, di sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Selepas 22 hari menerima rawatan di Insitut Jantung Negara (IJN), kelibat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat menikmati kopi di sebuah pusat membeli-belah terkenal di Damansara, pagi ini.

Beliau yang memakai baju kemeja dan kali pelikat duduk di atas kerusi roda ditemani beberapa pegawai dan pengiring keselamatan.

Iklan
Iklan

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff kepada pemberita pada Selasa.

Ujarnya, Dr Mahathir masih berada dalam rawatan di IJN kerana mengalami patah tulang di bahagian pinggul kanan selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya awal bulan ini.

Iklan

"Beliau belum dibenarkan pulang tetapi hanya keluar sebentar untuk menikmati kopi," katanya.

Pada 6 Jan lalu, Dr Mahathir,100, dikejarkan ke IJN selepas terjatuh di rumahnya di Seri Kembangan, Selangor.

Iklan

Beliau kini sedang menerima rawatan fisioterapi tanpa pembedahan telah menunjukkan perkembangan positif dan proses pemulihan dijangka memakan masa panjang atas faktor usia.