Lelaki dituduh cuba bunuh anak kandung

Iklan
Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 25 Februanri depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Gambar hiasan

KOTA BHARU - Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas pertuduhan cuba membunuh anak kandungnya berusia tiga tahun, awal bulan ini.

Mohamad Hairei Huzairiey Hazmi, 23, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan cubaan bunuh sehingga ingin menyebabkan kecederaan kepada anaknya Nur Helana Haura pada kira-kira jam 7 pagi, 14 Januari lepas di sebuah rumah di Jalan Pak Mayong berhampiran Pangkalan Maritim Tok Balik, Pasir Puteh.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin.

Siti Hajar tidak menawarkan sebarang jaminan namun peguam bela memohon jaminan dengan alasan anak guamnya akan tinggal bersama kakaknya di Kemaman, Terengganu serta tidak mempunyai rekod psikiatri dan jenayah.

Iklan

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.