BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah dinobatkan sebagai juara Masters Indonesia selepas gandingan Jepun, Arisa Igarashi-Miyu Takahashi menarik diri daripada aksi final di Istora Senayan, sebentar tadi.
Kemenangan tanpa bertanding itu membolehkan pasangan negara meraih gelaran pertama mereka bagi musim ini.
Iklan
Iklan
Setakat ini, pihak penganjur belum mengeluarkan sebarang butiran lanjut mengenai punca sebenar wakil Jepun tersebut membuat keputusan menarik diri daripada pertembungan akhir kejohanan bertaraf Super 500 itu.
Kejayaan di Jakarta ini pastinya menjadi pengubat duka buat Pearly dan Thinaah selepas permulaan musim yang agak perlahan.
Terdahulu, mereka tersingkir di pusingan kedua Terbuka Malaysia di laman sendiri sebelum bangkit mempamerkan peningkatan dengan mara ke separuh akhir Terbuka India, minggu lalu.
Kejayaan ini meletakkan mereka sebagai beregu wanita kedua negara yang berjaya bergelar Juara Masters Indonesia, mengulangi pencapaian yang pernah dilakar oleh gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei pada edisi 2011
Artikel Berkaitan