Ribut musim sejuk landa 20 negeri AS, Washington DC isytihar darurat

Iklan
Kenderaan memandu di dalam salji pada 24 Januari 2026 di Little Rock, Arkansas. Ribut musim sejuk yang besar membawa suhu sejuk melampau, ais, dan salji kepada hampir 200 juta penduduk Amerika. Foto ​Will Newton/Getty Images

WASHINGTON - Ribut musim sejuk besar dikenali sebagai Winter Storm Fern melanda sebahagian besar Amerika Syarikat, dari New Mexico hingga Maine, sekali gus menjejaskan lebih 180 juta penduduk di negara itu.

ABC News melaporkan, sekurang-kurangnya 20 negeri termasuk Texas, New York, Pennsylvania dan Virginia serta Washington, D.C. telah mengisytihar darurat.

Iklan
Iklan

Ribut ini membawa salji tebal dan ais, dijangka paling kritikal pada Sabtu, dari Texas hingga Lembah Ohio dan timur Laut AS.

New York City dijangka menerima 20 hingga 30 sentimeter salji.

Iklan

Untuk menghadapi ribut, anggota National Guard dari 12 negeri dikerahkan untuk membantu membersihkan jalan dan menyelamatkan orang yang terperangkap.

Ribut ini turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik besar, termasuk 57,000 pelanggan terjejas di Texas dan lebih 45,000 di Louisiana.

Iklan

Pihak berkuasa turut mengingatkan orang ramai mengelak perjalanan tidak perlu dan menyediakan bekalan kecemasan kerana cuaca dijangka bertambah buruk sepanjang hujung minggu.