Lelaki hilang dua hari ditemukan lemas

Iklan
Seorang lelaki yang hilang sejak dua hari lalu ditemukan lemas di Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Atas Pinggir, Tendong di Pasir Mas pada Sabtu. Foto PDRM

PASIR MAS - Seorang lelaki yang hilang sejak dua hari lalu ditemukan lemas di Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Atas Pinggir, Tendong di sini pada Sabtu.

Mangsa yang berusia 37 tahun dan masih bujang itu dikatakan tidak pulang sejak Khamis lalu, namun tiada laporan polis dibuat oleh ahli keluarga.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pada jam 3.40 petang pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan menemui mayat seorang lelaki.

"Kami bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Mas ke lokasi dan menaikkan mayat mangsa ke darat dengan bantuan penduduk kampung," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas bagi tujuan bedah siasat dan proses pengecaman oleh ahli keluarga.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Iklan

Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka terhadap aspek keselamatan diri masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh disalurkan melalui talian 09-7932222," katanya.