LOS ANGELES - Seorang anggota bomba bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas membunuh isterinya dengan sebilah kapak.
Andrew Jimenez, 45, dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) melakukan pembunuhan itu selepas mengetahui tentang hubungan sulit pasangannya, Mayra, 55, daripada diari mangsa.
Iklan
Iklan
Jimanez dilaporkan meminta anggota Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) untuk memeriksa keadaan isterinya pada Khamis lalu.
"Mereka kemudiannya menemui mayat Mayra dan senjata yang digunakan. Pemeriksaan yang dilakukan juga menemui diari mangsa.
"Siasatan awal mendapati ia dibaca pelaku sebelum kejadian homisid berkenaan," lapor media tempatan.
Jimanez yang berdepan pertuduhan membunuh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 26 tahun jika disabit bersalah.
Dua yang menyertai Jabatan Bomba Glendale sejak 2008 kini diletakkan di bawah cuti pentadbiran. - Agensi