Cuba bakar gelandangan demi kejar tontonan tinggi

Iklan
Ketiga-tiga pelaku tersebut turut memuat naik rakaman perbuatan melampau mereka di media sosial. - Foto Agensi

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand mengenal pasti identiti tiga pelaku berusia sembilan hingga 15 tahun yang cuba membakar lelaki gelandangan di ibu kota.

Perbuatan dilakukan trio berkenaan demi untuk meraih tontonan tinggi di media sosial telah mengundang kecaman warganet.

Iklan
Iklan

Mangsa dikenali sebagai Karn, 51, yang tinggal di bawah Jambatan Ban Ma di daerah Prawet, Bangkok turut dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

"Saya sedang tidur apabila cecair sejuk dicurahkan ke atas tubuh saya lalu api marak dengan cepat. Saya tidak mengenali mereka dan ia mungkin serangan secara rawak," menurut laporan media tempatan memetik kenyataannya.

Iklan

Tindakan melampau mereka telah menyebabkan paip air berhampiran musnah.

Ketiga-tiga suspek itu bakal dikenakan beberapa pertuduhan termasuk cubaan membunuh dan mengakibatkan kerosakan harta benda. - Agensi

Iklan