RUU URA perlu diperbaiki sebelum dibentang semula - Asyraf Wajdi

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) perlu diperbaiki dan ditambah baik, termasuk melalui beberapa pindaan yang harus diperhalusi sebelum ia wajar dibentangkan semula di Parlimen.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO tidak menentang pembangunan bandar, namun menekankan keperluan supaya kandungan RUU URA diperkemas sebagaimana cadangan dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk menarik balik pembentangan RUU URA bagi memberi ruang kepada proses penambahbaikan menyeluruh.

Menurutnya, Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA telah mengadakan beberapa siri libat urus termasuk penganjuran Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Oktober 2025.

Iklan

“Konvensyen berkenaan telah meluluskan sebanyak 14 syor cadangan penambahbaikan terhadap RUU URA,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menegaskan, RUU URA hanya wajar dibentangkan semula di Parlimen dalam bentuk baharu selepas semua cadangan penambahbaikan tersebut diambil kira sepenuhnya.

Iklan