Rancangan pendidikan kerajaan dipersoal
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan gimik peluncuran RPN 2026-2035 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 20 Januari lalu. Foto Bernama
PADA Rabu lalu, semasa membahaskan usul menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas Titah Diraja Perasmian Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas, saya telah membangkitkan persoalan-persoalan fundamental tentang Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 (RPN).
Sebagai Pengerusi Portfolio Pendidikan Perikatan Nasional (PN), saya membahaskan Cadangan Reformasi Pendidikan sejak Mac 2024. Dokumennya telah disampaikan kepada Menteri-menteri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).