Zii Jia terkandas pusingan kedua Indonesia Masters

Iklan
Zii Jia

PERJALANAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dalam saingan Indonesia Masters berakhir apabila tersingkir di pusingan kedua pada Khamis.

Zii Jia yang turun dengan motivasi tinggi susulan kemenangan menewaskan jaguh India, HS Prannoy pada Rabu, bagaimanapun gagal meneruskan momentum tersebut apabila tewas di tangan pemain Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul.

Iklan
Iklan

Dalam aksi yang berlangsung selama 57 minit itu, Zii Jia memulakan permainan dengan baik apabila memenangi set pertama 21-15.

Namun, lawan yang menghuni ranking ke-44 dunia itu bangkit memperkemaskan permainan untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum Zii Jia akur dengan kekalahan 'rubber set' 21-15, 17-21, 8-21.

Iklan

Sementara itu, nasib berbeza dialami kem beregu campuran negara apabila pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya mengesahkan tiket ke suku akhir.

Gandingan itu tidak berdepan masalah menewaskan pasangan Thailand, Pakkpon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai menerusi kemenangan straight set 21-12, 21-18.

Iklan

Bagaimanapun, beregu lelaki profesional negara, Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong gagal mengikut jejak langkah tersebut apabila tewas kepada wakil tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam pertarungan tiga set 19-21, 21-16, 21-17.