Aaron-Wooi Yik benam beregu nombor satu dunia, mara final Terbuka Denmark

Iklan
Aaron-Wooi Yik berjaya menempah tiket perlawanan akhir Terbuka Denmark.

BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah slot ke final Terbuka Denmark selepas menumbangkan beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada aksi separuh akhir, Sabtu.

Dalam aksi yang berlangsung selama 38 minit itu, Aaron-Wooi Yik mempamerkan aksi meyakinkan untuk menundukkan pasangan Korea Selatan berkenaan menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-18.

Iklan
Iklan

Pada set pertama, pasangan negara tampil kemas untuk mengawal permainan sebelum melakar kemenangan 21-14.

Aaron-Wooi Yik terus mengekalkan rentak positif dalam set kedua meskipun berdepan tentangan sengit lawan sekali gus menoktahkan perlawanan dengan kemenangan 21-19.

Iklan

Kejayaan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik mengikat rekod pertemuan dengan Kim Won Ho-Seo Seung Jae kepada 3-3 selepas enam perlawanan antara kedua-dua pasangan.

Menanti Aaron-Wooi Yik di final ialah sama ada pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri atau gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Iklan

Kedua-dua pasangan itu dijadual bertembung dalam satu lagi aksi separuh akhir bagi menentukan lawan beregu negara pada perlawanan akhir sebentar lagi.