Trump keliru Greenland atau Iceland

Iklan
Trump menimbulkan kekeliruan apabila menyebut Iceland yang berjiranan dengan Greenland beberapa kali.

DAVOS - Kesilapan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencuri tumpuan ramai apabila beliau berulang kali keliru menyebut Greenland sebagai Iceland.

Rumah Putih bagaimanapun menepis dakwaan bahawa Trump mengalami kekeliruan selepas ucapannya di Davos, Switzerland pada Rabu mengundang kritikan.

Iklan
Iklan

Pemimpin Republikan berusia 79 tahun itu turut mengumumkan 'rangka kerja' untuk perjanjian masa depan melibatkan Nuuk dan pembatalan tindakan ketenteraan serta perang tarif ke atas negara Eropah yang membantah rancangannya mahu menakluk wilayah autonomi di bawah pentadbiran Kanada itu.

"Selama ini, saya membantu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sehinggalah saya memberitahu mereka tentang Iceland, beberapa hari lalu. Pakatan itu tidak menyokong rancangan kami di Iceland.

Iklan

"Pasaran saham AS berdepan kejatuhan pertama kali kerana Iceland. Jadi, Iceland sudah pun akibatkan kerugian besar kepada kami," katanya ketika tersilap merujuk negara pulau kecil tersebut yang berjiranan dengan Greenland.

Kesalahan itu turut dikongsikan wartawan, Libbey Dean menerusi catatannya di platform X, 'Presiden nampaknya mencampur-adukkan Greenland dan Iceland kira-kira tiga kali'.

Iklan

Semasa berucap di Davos, Trump sekali lagi tidak bergantung sepenuhnya pada teks ucapan yang dipaparkan pada pembaca teks elektronik hingga menyebabkannya tersasar daripada topik asal. - Agensi