KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan isterinya masing-masing tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.10 dan 8.20 pagi pada Khamis.
Difahamkan pasangan ini berdepan empat pertuduhan mengubahan wang haram di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).