Lelaki bunuh 4 ahli keluarga, wang perkahwinan anak tak cukup jadi punca

Iklan
Keadaan di rumah suspek sesak dengan orang ramai. Foto Agensi

NEW DELHI – Polis menahan Kamal Singh, suspek utama dalam pembunuhan empat ahli keluarganya di sebuah rumah dua tingkat di Kotwali Nagar, Etah, pada Isnin lalu.

Insiden ini dipercayai berpunca daripada tekanan kewangan menjelang perkahwinan anak perempuannya, Jyoti, 23 tahun, yang dijadual berlangsung pada Februari 2026.

Iklan
Iklan

Mangsa terdiri daripada Ganga Singh, 70 tahun, bapa Kamal; Shyama Devi, 65 tahun, ibu Kamal; Ratna Devi, 43 tahun, isteri Kamal; dan Jyoti, 23 tahun, anak perempuannya.

Polis berkata, keluarga itu menghadapi tekanan kewangan yang serius, dengan anggaran kos perkahwinan sekitar 400, 000 rupee (RM18,000), yang menjadi punca konflik dalam keluarga.

Iklan

Menurut siasatan awal, pertengkaran berlaku antara Kamal dan isterinya mengenai perbelanjaan perkahwinan berkenaan.

Dalam keadaan marah, Kamal didakwa menekan dan memukul Ratna Devi dengan bata simen.

Iklan

Jyoti yang cuba campur tangan turut dibunuh di tempat kejadian. Shyama Devi pula cedera selepas dihempuk menggunakan bata sebelum disahkan meninggal dunia di hospital, manakala Ganga Singh dibunuh di tingkat bawah rumah.

Selepas kejadian, Kamal dikatakan membersihkan darah pada tangan dan kasut sebelum meninggalkan rumah menggunakan motosikal.

Kes ini terbongkar apabila cucu Ganga Singh pulang dari sekolah dan menemui mayat berselerak.

Bukti CCTV, pemeriksaan forensik, dan pengakuan suspek telah menunjukkan beliau bertindak seorang diri.

Polis juga menyiasat kemungkinan masalah psikologi yang dialami suspek.

Kes ini telah direkodkan di Balai Polis Kotwali Nagar di bawah Seksyen 103 Kanun Jenayah India.

Semua mangsa telah menjalani bedah siasat dan mayat mereka telah dikebumikan di bawah kawalan ketat polis.

Polis kini menahan Kamal untuk siasatan lanjut, dengan fokus pada motif tekanan kewangan dan cara pembunuhan. -Agensi