Anggota polis maut nahas, pemandu kereta larikan diri

Iklan
Mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y16ZR meninggal dunia selepas terbabit dalam nahas ketika dalam perjalanan untuk memulakan tugasan. Foto Media Sosial

IPOH - Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Tiger Lane, di sini pada Rabu.

Dalam nahas sekitar jam 3.30 petang itu, mangsa Koperal Mohd Hafizan Othman, 33, bertugas di Balai Polis Kampung Rapat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR dalam perjalanan untuk memulakan tugasan jam 4 petang hingga 11 malam.

"Siasatan awal mendapati, nahas berlaku membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Iklan

"Bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut didapati telah melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya berhampiran tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke lHospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

Iklan

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ghurab di Jalan Kuala Kangsar esok (Khamis)," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.