42 tahanan asing dihantar pulang ke negara asal

Iklan
Seramai 42 tahanan asing dihantar pulang ke negara asal pada Rabu. Foto JIM Kelantan

TANAH MERAH - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menghantar pulang 42 tahanan asing ke negara asal pada Rabu.

Timbalan Pengarah JIM Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, kesemua tahanan merupakan individu yang sudah melengkapkan proses perundangan serta dokumentasi perjalanan melalui kedutaan negara masing-masing.

Iklan
Iklan

"Antara tahanan terlibat dari Kemboja, Indonesia, Bangladesh, India dan Pakistan yang dihantar pulang melalui KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur)," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kesemua tahanan itu turut dikenakan tindakan senarai hitam berdasarkan kesalahan yang dilakukan sebelum dibawa pulang ke negara asal.

Iklan
Iklan

Katanya, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JIM Kelantan dalam memperkukuh pengurusan tahanan serta memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.