'Tangan kebas, sukar angkat anak' - Noh Salleh jalani pembedahan tulang belakang

Iklan
Noh Salleh, berkongsi pengalaman peribadinya mengenai pembedahan tulang belakang yang dijalani di HUKMSC.

BARU-baru ini, penyanyi terkenal, Noh Salleh, berkongsi pengalaman peribadinya mengenai pembedahan tulang belakang yang dijalani di HUKMSC.

Menurut Noh, masalah saraf tersepit di bahagian tengkuk C6 dan C7 bukan sahaja menyebabkan tangan kebas dan sakit belakang kronik, malah menyukarkan dia untuk mengangkat bayi perempuannya, Tara.

Iklan
Iklan

Dalam hantarannya di Instagram, pemilik nama sebenar, Mohammad Noh Salleh Sadeli, berkongsi mengenai perkara tersebut:

"Selesai pembedahan semalam di HUKMSC… Lega rasanya!

Iklan

"Tapi jujur, lokasi pembedahan betul-betul di belakang kord vokal saya, memang takut juga… risiko besar pada organ yang menjadi punca rezeki saya.

"ALLAH jaga saya, syukur sangat. الْحَمْدُ لِلَّ

Iklan

"Saraf tersepit C6 & C7 ni, tangan kebas, sakit belakang kronik… sampai nak angkat Tara pun rasa tersekat," tulis Noh.

Walaupun risau dengan pembedahan yang dijalani, vokalis Kumpulan Hujan itu tetap optimis dan memohon doa daripada rakan-rakan serta peminat agar proses penyembuhan berjalan lancar.

Pada masa sama, dia sempat menambah gurauan tentang jadual kerjanya.

"Risau? Mestilah, sebab ada persembahan Sabtu ni."

"Mohon kawan-kawan mendoakan agar proses sembuh dipermudahkan dan kembali normal secepat mungkin," ungkapnya lagi.

Selain itu, suami kepada Fatin Athira Mustapa itu tidak lupa menghargai sokongan keluarga dan rakan-rakan.

"Terima kasih tidak terhingga kepada keluarga, kawan-kawan, semua yang mendoakan.

"Abah menghantar dan mengambil saya di hospital, manakala mummy dan Yaya menjaga anak-anaknya, Tara dan Athira, di rumah," ujarnya.

Noh turut menitipkan ucapan terima kasih buat rakan-rakan rapat seperti Hujanband dan Suffren yang datang memberi kejutan, membuatkan dirinya terharu dengan sokongan mereka.

"Begitu juga pihak UKM Specialist Centre yang memang terbaik, jagakan saya dengan penuh perhatian.

"Malas nak cerita panjang, tapi AG datang melawat, memang terpaksa jawab satu persatu lah," tulisnya lagi.

Pengalaman Noh Saleh ini membuka mata peminat tentang cabaran di sebalik dunia glamor, dan menekankan betapa pentingnya sokongan keluarga, rakan-rakan, dan doa untuk pulih daripada masalah kesihatan serius. - Sinarplus