KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor menegur dua Timbalan Menteri supaya memberikan perhatian dan tidak berbual sesama mereka ketika sesi perbahasan berlangsung di Dewan Rakyat.
Perkara itu berlaku sewaktu sesi soal jawab Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung langkah kerajaan memperkukuh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) khususnya daripada aspek penambahan perjawatan.