Kubur diceroboh, tengkorak lelaki 'dicuri' individu tidak dikenali

Iklan
Garisan polis dipasang bagi mengelakkan ia menjadi tumpuan orang ramai. - Foto Agensi

SERANG - Penduduk kampung gempar selepas jasad dalam sebuah kubur dilarikan setelah liang lahad itu digali semula individu tidak dikenali.

Pihak berkuasa memaklumkan mereka menerima aduan tentang insiden itu yang berlaku di TPU Kampung Gardu Junti, Kecamatan Jawilan, Kabupaten Serang, Banten di Indonesia.

Iklan
Iklan

"Kubur yang menjadi sasaran milik Sajim yang meninggal dunia tujuh tahun lalu. Pelaku turut mengambil tengkorak miliknya," kata Kasat Reskrim Polres Serang AKP Andi Kurniady ES.

Menurutnya, pasukan yang dikerahkan ke lokasi kejadian mendapati pusara tersebut dibiarkan terbuka.

Iklan

"Siasatan lanjut telah dijalankan untuk memastikan motif pelaku dan menentukan sama ada unsur jenayah. Beberapa individu termasuk anak allahyarham telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

"Batu nisan dan buluh telah diambil sebagai bahan bukti. Garisan polis juga sudah dipasang bagi mengelakkan ia menjadi tumpuan orang ramai," jelasnya lagi. - Agensi

Iklan