KUANTAN - Polis menemukan satu mayat lelaki dalam keadaan separa reput di kawasan Ladang Karmen, Mengkarak, Bera pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, Balai Polis Mengkarak menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira jam 10 pagi.