Seniman bela diri Hong Kong, Bruce Leung meninggal dunia

Iklan
Bruce Leung pernah membuat kemunculan semula dalam filem komedi, Kung Fu Hustle. Foto Agensi

ARTIS seni bela mempertahankan diri terkenal Hong Kong, Bruce Leung meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Berita pemergian pemilik nama sebenar Leung Siu-lung itu dikongsikan pada Ahad, beberapa jam selepas khabar duka itu tersebar.

Iklan
Iklan

Akaun Douyin miliknya turut memuat naik mesej 'selamat tinggal' bertarikh 14 Januari 2026 berserta gambarnya.

"Saya telah pergi ke tempat yang sangat jauh untuk 'pembikinan filem'. Maafkan saya kerana pergi tanpa memberi salam perpisahan." menurut mesej tersebut.

Iklan

Menurut beberapa rangkaian media tempatan, Bruce Leung meninggal dunia pada 14 Januari lalu atas sebab tidak dinyatakan.

Keluarganya sedang menguruskan upacara pengebumiannya dan acara penghormatan terakhir buat mendiang dijadualkan berlangsung di daerah Longgang, Shenzhen di China pada 26 Januari ini.

Iklan

Rakan selebriti termasuk Jackie Chan turut merakamkan ucapan takziah.

Sebelum Bruce Leung bersara daripada dunia lakonan pada 1980-an, beliau telah membintangi beberapa filem genre seni bela diri termasuk The Dragon Lives Again (1977) dan Magnificent Bodyguards (1978) di samping aktor ternama, Jackie Chan.

Pada 2004, beliau pernah membuat kemunculan semula dalam filem komedi Stephen Chow berjudul Kung Fu Hustle. - Agensi