PPM Wilayah Tiga rampas ubat, produk kesihatan lebih RM110,000

Iklan
Anggota PPM Wilayah Tiga Kuantan bersama barang rampasan hasil pemeriksaan ke atas sebuah stor di Jalan Kuantan-Sungai Lembing pada Isnin.

KUANTAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Kuantan merampas pelbagai ubat serta produk makanan dan minuman kesihatan dari luar negara yang disyaki tidak mempunyai kelulusan pihak berkuasa, bernilai lebih RM110,000 hasil pemeriksaan ke atas sebuah stor di Jalan Kuantan–Sungai Lembing di sini pada Isnin.

Dalam operasi dikenali sebagai Ops Taring Landai yang dijalankan kira-kira jam 1.30 tengah hari, seorang penjaga stor warga Bangladesh berusia lingkungan 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Zulafendy Hassan berkata, hasil pemeriksaan menyeluruh di premis berkenaan menemui pelbagai produk ubat, makanan dan minuman yang dibawa masuk dari luar negara tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Farmasi Malaysia.

Sebahagian produk kesihatan dari luar negara yang dirampas. Foto PPM Wilayah Tiga Kuantan

Iklan

Menurutnya, rampasan itu melibatkan 11 jenis ubat termasuk produk kesihatan bernilai RM31,973.

"Turut ditemui dan dirampas 371 kotak dan 750 karton produk minuman tenaga bernilai RM78,432.

Iklan

"Nilai rampasan keseluruhan mencecah RM110,405," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Zulafendy berkata, kes itu diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut di bawah Akta Racun 1952 (Akta Racun 1952 Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik) dan Akta Makanan 1983.