Lubang benam muncul di taman perumahan
Iklan
Satu kejadian lubang benam dilaporkan berlaku di di taman perumahan, lorong sisi Jalan Kenyalang 1, Bayan Lepas.
GEORGE TOWN – Satu kejadian lubang benam dilaporkan berlaku di di taman perumahan, lorong sisi Jalan Kenyalang 1, Bayan Lepas pada Isnin menyebabkan laluan berkenaan terpaksa ditutup sepenuhnya sebagai langkah keselamatan.
Laluan berkenaan akan ditutup selama enam hari bermula Isnin sehingga 25 Januari ini demi keselamatan awam.
Iklan
Iklan
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 9.30 pagi melibatkan lubang berukuran kira-kira dua meter panjang dan lebar serta sedalam 1.7 meter.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, kejadian berlaku dalam keadaan cuaca panas dan tidak melibatkan laluan utama jalan berkenaan.
Iklan
“Status laluan ketika ini ditutup sepenuhnya bagi lorong sisi sahaja manakala jalan utama masih boleh digunakan seperti biasa dan tidak terjejas,” katanya dalam satu kenyataan dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.
Tindakan awal telah diambil dengan memasang penghadang plastik di kedua-dua arah laluan bagi menghalang pergerakan kenderaan ke kawasan terjejas.
Iklan
Sehubungan itu, JKR Pulau Pinang berkata, tindakan awal telah diambil dengan memasang penghadang plastik di kedua-dua arah laluan bagi menghalang pergerakan kenderaan ke kawasan terjejas.
"Selain itu, kerja-kerja pengorekan turut dilaksanakan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian lubang benam berkenaan.
“Punca kejadian masih dalam siasatan lanjut. Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan keselamatan dan menggunakan laluan yang dibenarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>