Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penerangan ketika melawat kerja-kerja akhir penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di MAEPS hari ini.
"Antara perkhidmatan yang disediakan di pusat ini ialah perkhidmatan klinikal, wad pesakit dalam untuk pesakit Covid-19, ruang ‘resuscitation’ untuk menstabilkan pesakit dalam keadaan kecemasan, perkhidmatan ambulan, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan X-ray dan perkhidmatan makmal patologi.
"Fasiliti yang disediakan kepada pesakit termasuk katil, meja, kerusi, loker, TV, lounge, WiFi, komputer, surau, CCTV, tandas, ruang mandi, bilik persalinan dan ruang istirehat,” katanya.
Kata Muhyiddin lagi, bagi anggota yang bertugas pula, pusat ini menyediakan kaunter jururawat bilik rawatan dan kecemasan, ruang rehat anggota, bilik persalinan anggota dan ruang mandi termasuk ruang pemakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE) serta ruang mesyuarat dan seminar.
"Penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di MAEPS, adalah salah satu langkah kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi penularan wabak ini,” katanya.