Tiga mangsa kemalangan maut disahkan bapa, dua anak

Iklan
Tiga individu termasuk dua kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Sungai Kob.

KULIM - Identiti tiga mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kulim–Mahang di sini pada petang Ahad, disahkan terdiri daripada seorang bapa dan dua anaknya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Zulkifli Azizan berkata, mangsa yang maut ialah seorang pekerja kilang, Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin, 25, bersama dua anaknya, Muhammad Aqeel Afnan, 4, dan Muhammad Affan Mikhael, 2.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Seorang lagi mangsa, pemandu Proton S70 berusia 27 tahun, dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan kini menjalani pemeriksaan lanjut.

Iklan

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton S70 dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Viva yang dinaiki tiga beranak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Zulkifli berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala kenderaan yang terlibat telah dibawa ke Balai Trafik Kulim untuk tindakan lanjut termasuk pemeriksaan pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Iklan

Menurutnya, ketiga-tiga mayat mangsa pula dibawa ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.

Terdahulu media melaporkan, tiga individu termasuk dua kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Sungai Kob.

Kemalangan membabitkan sebuah Perodua Viva dan sebuah Proton S70 bertembung sebelum terbabas ke bahu jalan.