SHAH ALAM - Kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan berada pada tahap memberangsangkan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang pada Ahad.
Pengarah HSIS, Dr Farique Rizal Abdul Hamid berkata, keputusan pemeriksaan mengesahkan Perdana Menteri berada dalam keadaan sihat dan mampu meneruskan semua tugasan rasmi seperti telah dijadualkan.