Polis Kelantan bantu Thailand kesan suspek bom dipercayai lolos ke negara ini

Iklan
Mohd Yusoff (dua, kiri) menyampaikan surat penghargaan semasa Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan di Kota Bharu pada Ahad.

KOTA BHARU - Polis Kelantan membantu pihak berkuasa negara jiran dalam usaha mengesan suspek yang terbabit dalam insiden pengeboman di 11 stesen minyak di Selatan Thailand, yang dipercayai melarikan diri ke Malaysia.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, beliau sudah mengarahkan pasukan cawangan khas untuk melakukan siasatan dan pemantauan bagi mengesan kedudukan suspek.

Iklan
Iklan

"Kita sudah berhubung dengan pihak berkuasa di negara berkenaan untuk mendapatkan maklumat bagi membantu mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.

Mohd Yusoff berkata, mengikut kenyataan pihak berkuasa di sana, pada hari pertama kejadian, mereka memberitahu pelaku sudah lari ke negara ini.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan, sebahagian daripada kumpulan yang mengebom 11 stesen minyak di Selatan Thailand dipercayai melarikan diri ke Malaysia selain bersembunyi di kawasan pergunungan dan hutan berhampiran sempadan.

Sumber keselamatan berkata, salah seorang daripada dua suspek yang ditahan kelmarin didapati membuat persiapan untuk melarikan diri ke Malaysia semasa serbuan dijalankan di Mukim Tha Saap, daerah Mueang, Yala.

Iklan

Menurut sumber itu, hasil soal siasat awal oleh pasukan khas Bahagian Siasatan Polis Wilayah Yala mendapati suspek berusia 39 tahun berkenaan merancang untuk melarikan diri ke Malaysia dalam masa terdekat.