Budak 11 tahun bunuh bapa selepas konsol permainan dirampas

Iklan
Polis mengenal pasti anak mereka, Clayton Dietz, sebagai suspek. Foto: Agensi

PENNSYLVANIA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun kini berdepan tuduhan membunuh selepas menembak bapanya di Perry County, menurut polis negeri Pennsylvania.

Menurut dokumen mahkamah, insiden berlaku pada pagi 13 Januari 2026, iaitu hari ulang tahun kelahiran kanak-kanak itu.

Iklan
Iklan

Mangsa, Douglas Dietz, 42, ditemui tidak sedarkan diri di biliknya dengan kecederaan tembakan di kepala.

Isterinya yang tidur berdekatan terbangun akibat bunyi kuat, menyangka bunyi itu seperti bunga api, sebelum menyedari darah di sekeliling bilik.

Iklan

Polis mengenal pasti anak mereka, Clayton Dietz, sebagai suspek.

Clayton dilaporkan berkata kepada ibunya, 'Saya bunuh Daddy' dan mengaku kepada penyiasat bahawa beliau bertindak kerana ingin mendapatkan kembali konsol permainan Nintendo Switch yang dirampas oleh bapanya.

Iklan

Ilustrasi dijana AI kronologi kanak-kanak berkenaan menembak bapanya. Foto: Agensi

Menurut dokumen mahkamah, Clayton menemui kunci peti senjata ayahnya, mengeluarkan pistol, memuatkan peluru dan menembak bapanya di tempat tidur.

Kanak-kanak itu kini ditahan tanpa jaminan di Penjara Perry County, dengan perbicaraan dijadualkan pada 22 Januari 2026.

Seorang jiran menyifatkan kejadian itu mengejutkan kerana keluarga tersebut kelihatan pendiam dan mesra.

Pihak sekolah tempatan, Susquenita School District, mengeluarkan kenyataan menyatakan simpati dan menyediakan kaunseling kepada pelajar yang terkesan dengan insiden ini.

Insiden ini menimbulkan persoalan mengenai akses kanak-kanak kepada senjata api di rumah dan risiko tragedi domestik, meskipun komuniti tersebut biasanya aman. - Agensi