'Kita akan pulihkan kepercayaan bangsa, negara terhadap ATM' - Mohamed Khaled

Iklan
Mohamed Khaled ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dengan rasuah dan segala kecurangan kuasa akan diheret ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peringatan itu susulan kepercayaan terhadap ATM terjejas apabila berlaku siasatan dan tahanan beberapa pegawai pasukan keselamatan itu sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini.

Iklan
Iklan

"Mewakili UMNO, kita bertekad menegaskan bahawa kita akan pulihkan balik kepercayaan bangsa dan negara terhadap Angkatan Tentera Malaysia.

"Antaranya melalui usaha membanteras rasuah dan segala kecurangan kuasa yang terdapat dalam pasukan berkenaan.

Iklan

"Sesiapa sahaja yang bersalah kita akan pastikan mereka diheret ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Sabtu.

Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO turut menegaskan mereka yang mencemar nama baik itu bukan cerminan akhlak dan kewibawaan ATM.

Iklan

Katanya, masih ada ratusan ribu anggota di luar sana yang berintegriti, ikhlas berkhidmat dan yang sedia berkorban jiwa dan raga.

"Jadi kepada rakyat sekalian, tolonglah berlaku adil dan munasabah terhadap ATM. Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

"Janganlah hanya kerana segelintir sahaja, semuanya dianggap sebegini, dipandang serong," katanya.