UMNO cadang wujudkan Akta Perlindungan Guru Malaysia

Iklan
Ahmad Zahid. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] UMNO mencadangkan agar Akta Perlindungan Guru Malaysia diwujudkan bagi melindungi warga pendidik susulan pelbagai cabaran yang dihadapi ketika ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha tersebut perlu dengan mengambil kira cabaran yang dilalui guru ketika ini.

Iklan
Iklan

“UMNO menyokong dan menyarankan agar satu Akta Perlindungan Guru Malaysia diwujudkan. Ini adalah untuk melindungi kebajikan, pelaksanaan disiplin, beban tugas dan kebajikan mereka.

“Zaman kita dahulu bila guru rotan kita mengadu kepada ibu bapa, mereka tanya berapa kali kena..kalau tiga kali cikgu rotan, aku bagi enam kali. Zaman sekarang, bila anak mengadu ibu bapa tanya, cikgu mana? Dia pergi skeolah marah cikgu atau buat laporan polis.

Iklan

“Itu sebab perangai kita elok tapi kita hendak bagi elok lagi…guru-guru mesti diberi perlindungan,” katanya ketika menggulung ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kesepakatan itu dibuat susulan banyak isu berkaitan dibangkitkan perwakilan kali ini.

Iklan

Sementara itu, dalam ucapan sama, beliau turut memaklumkan UMNO menuntut supaya Kementerian Pendidikan (KPM) mengembalikan semula Ujian pencapaian Sekolah Rendah )UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Beliau menambah, usaha ini penting mengambil kira hasrat dan keinginan ibu bapa.

“Saya mahu sokongan daripada perwakilan supaya perkara ini diterapkan dalam Majlis Peperiksaan Negara..mesti dilaksanakan dan kita beri tanggungjawab ini kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk membawa mandat dalam majlis ini,” katanya.