MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Nokaen

Iklan
Ribut Tropika Nokaen dikesan berada kira-kira 104 kilometer ke arah timur laut Naga City, Filipina. - Foto: FB Will Weaver

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (NOKAEN) bagi ribut yang dikesan pada jam 5 petang ini pada latitud 14.4° utara dan longitud 123.8° timur, kira-kira 104 kilometer (km) ke arah timur laut Naga City, Filipina.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia memaklumkan dalam kenyataan bahawa ribut tersebut bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam (km/j), manakala kelajuan angin maksimum mencatat 74 km/j.

Iklan
Iklan

Jarak ribut berkenaan dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,126 km ke timur laut Pitas, Sabah.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan