PRU16: UMNO belum putuskan kerjasama dengan PH

Iklan
Asyraf Wajdi semasa sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - UMNO belum membuat sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, fokus parti itu ketika ini adalah untuk mengukuhkan kerajaan sedia ada bagi memastikan kestabilan negara dan kemakmuran rakyat.

Iklan
Iklan

“Kita tidak ada apa-apa keputusan berkenaan dengan itu (kerjasama dengan PH dalam PRU16).

“UMNO sebagai parti yang ada pengalaman yang panjang dalam mentadbir negara, sudah tentu kita lebih memikirkan soal tanggungjawab kita kepada rakyat,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Iklan

Jelasnya, sebarang keputusan politik yang akan dibuat mengutamakan kepentingan rakyat.

Katanya, ia bagi mengelakkan kesan terhadap parti, pilihan raya akan datang termasuklah rasa tidak selesa rakyat.

Iklan

"Kalau UMNO membuat keputusan politik yang tidak memikirkan soal rakyat, kesannya bukan sahaja kepada UMNO, dalam piihan raya akan datang, pasti rakyat akan menghukum kita kerana mencetuskan suasana yang tidak selesa.

"Ia termasuklah ketidakstabilan politik yang akan memberi kesan kepada ekonomi, pelabur tak datang dan akhirnya rakyat yang menderita.

"Jadi, itu sebab saya kira kalau kita lihat perbahasan-perbahasan yang ada seketika ini pun, pemimpin-pemimpin UMNO dalam konteks ini amat rasional, dia bukan bersifat emosi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi berkata, jumlah bekas pemimpin UMNO yang mahu kembali menyertai parti itu selepas pintu dibuka semula adalah ramai sehingga tidak dapat dinyatakan secara terperinci.

“Saya boleh beritahu bahawa memang kita menerima banyak permohonan.

"Kita memang meraikan semua dan saya tak boleh, bukan saya untuk menentukan siapa-siapa. Kalau kita faham daripada ucapan dasar presiden, rumah ini terbuka untuk semua. Semua sekali kerana semua ini asal daripada rahim UMNO," katanya.

Katanya, berhubung bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang disebut-sebut bakal kembali ke pangkuan parti, UMNO masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada beliau.