PDRM pastikan setiap proses perolehan patuhi prinsip tadbir urus baik

Iklan
Mohd Khalid. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan setiap proses perolehan dilaksanakan mengikut prinsip tadbir urus yang baik demi memelihara kepentingan awam serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap institusi keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, PDRM mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung urusan perolehan melibatkan pasukan itu dan akan melaksanakan tindakan sewajarnya secara profesional.

Iklan
Iklan

"PDRM akan melaksanakan segala tindakan yang perlu secara profesional, telus dan berintegriti, selaras dengan undang-undang, dasar serta arahan yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Hari ini, Perdana Menteri mengarahkan semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait isu rasuah dibekukan sementara hingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.

Iklan

Beliau berkata, kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada. - Bernama

 

Iklan