Ronaldo berdepan hukuman berat

Iklan
Cristiano Ronaldo

BINTANG sensasi Al Nassr, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan namun kali ini bukan kerana rekod jaringan golnya, sebaliknya akibat satu tindakan kontroversi yang mungkin mengundang padah buat dirinya dan pasukan.

Biarpun berjaya meledak gol dalam usaha memburu rekod 1,000 gol peribadi, jaringan itu tidak memadai untuk menghalang Al Nassr daripada tewas 1-3 kepada musuh tradisi, Al Hilal pada Selasa lalu.

Iklan
Iklan

Kekalahan itu menyaksikan impian Al Nassr untuk merapat jurang dengan pendahulu liga semakin pudar apabila kini ketinggalan tujuh mata.

Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah reaksi kapten Portugal itu terhadap pengadil perlawanan. Ronaldo didakwa melakukan isyarat tangan yang menyatakan bahawa pasukannya sedang 'dirompak' atau berlaku ketidakadilan.

Iklan

Mengikut Kod Disiplin dan Etika Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi, perbuatan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai kelakuan menyinggung dan merosakkan integriti pegawai perlawanan.

Sekiranya didapati bersalah, Ronaldo berdepan risiko digantung antara dua hingga empat perlawanan. Selain itu, beliau juga boleh dikenakan denda.

Iklan

Jika hukuman maksimum dikenakan, Ronaldo bakal terlepas empat aksi penting Liga Pro Saudi menentang Al Shabab, Damac, Al Taawoun, dan Al-Kholood. Situasi ini pastinya memberi tamparan hebat buat Al Nassr yang sedang bergelut mengejar kejuaraan liga.