Obses jadi polis, pemuda pakai pakaian seragam setiap hari

Iklan
Pemuda di Kabupaten Tulang Bawang ( lingkaran merah) yang obses menjadi anggota polisi dan mengaku berpangkat Bripka. - Foto: Agensi

LAMPUNG – Seorang pemuda di Kabupaten Tulang Bawang memakai pakaian seragam Polis Republik Indonesia (Polri) setiap hari kerana terlalu berminat untuk menyertai pasukan keselamatan itu.

Ketua Bidang Perhubungan Awam Polda Lampung, Kombes Yuni Iswandari berkata, pemuda yang dikenali sebagai Zu itu telah ditahan oleh Unit Propam Polres Tulang Bawang pada Rabu.

Iklan
Iklan

“Dalam kehidupan seharian, dia memakai pakaian seragam Polri dan mengaku berpangkat Bripka.

“Ketika ditemui, suspek sedang memakai pakaian seragam Polri berwarna coklat lengkap dengan atribut pangkat Bripka. Kelengkapan rasmi polis seperti lencana dan aksesori lain yang digunakan itu diperoleh melalui pembelian dalam talian, namun digunakan tidak mengikut peruntukan sebenar,” katanya.

Iklan

Tambah Yuni, hasil pemeriksaan awal mengesahkan bahawa individu terbabit bukan anggota Polri.

“Berdasarkan keterangan keluarga, perbuatan tersebut dipercayai berpunca daripada faktor kesihatan mental.

Iklan

“Maklumat dan dokumen yang ada menunjukkan individu berkenaan didapati mengalami gangguan jiwa serta obses untuk menjadi anggota polis,” katanya.

Semua kelengkapan rasmi polis yang digunakan individu berkenaan telah dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tulang Bawang Barat.

Pihak polis turut bekerjasama dengan keluarga bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.