TEL AVIV – Satu gempa bumi bermagnitud 4.2 pada skala Richter menggegarkan selatan Israel pada Rabu mencetuskan amaran keselamatan di beberapa kawasan termasuk Laut Mati dan wilayah Negev selatan.
Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC), pusat gempa dikesan berhampiran Dimona, sebuah bandar yang terletak di kawasan padang pasir Negev.