Pritam Singh dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Singapura

Iklan
Singh didakwa memberi keterangan palsu kepada jawatankuasa parlimen dalam penyiasatan terhadap bekas Ahli Parlimen WP, Raeesah Khan pada 2021. Foto Agensi

SINGAPURA - Ketua Parti Pekerja (WP), Pritam Singh telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Singapura, sehari selepas proses undian bahawa beliau tidak layak meneruskan peranan itu susulan sabitannya kerana berbohong kepada jawatankuasa Parlimen.

Perdana Menteri, Lawrence Wong pada Khamis menyifatkan keputusan itu wajar bagi menegakkan undang-undang, maruah dan integriti Parlimen.

Iklan
Iklan

“Setelah meneliti perkara tersebut, saya memutuskan bahawa beliau tidak lagi layak menyandang jawatannya setelah mengambil kira pandangan Parlimen,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa pengiktirafan Singh sebagai Ketua Pembangkang akan digugurkan serta-merta.

Iklan

Menurut Lawrence, beliau telah mencadangkan kepada Parti Pekerja supaya menamakan seorang lagi Ahli Parlimen (MP) untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

“Calon tersebut perlu memenuhi standard tinggi untuk menggalas tanggungjawab mewakili suara pembangkang. Saya berharap dapat menerima pencalonan mereka tidak lama lagi," katanya menerusi surat dihantar kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat WP.

Iklan

Singh dilantik sebagai Ketua Pembangkang oleh bekas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong selepas Pilihan Raya Umum 2020. - Agensi