Jun Hao, Justin tersingkir awal di Terbuka India
Iklan
Jun Hao kandas di peringkat awal Terbuka India.
CABARAN Malaysia dalam acara perseorangan lelaki pada Terbuka India 2026 berakhir selepas Leong Jun Hao dan Justin Hoh tersingkir pada pusingan pertama, di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi, hari ini.
Jun Hao terpaksa menarik diri ketika menentang pemain Jepun, Yushi Tanaka selepas ketinggalan 5-21 pada set pertama dan 3-8 pada set kedua.
Iklan
Iklan
Punca pemain itu menarik diri tidak didedahkan dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya memaklumkan Jun Hao terpaksa menarik diri pada set kedua.
Ia sekali gus membolehkan Tanaka mara ke pusingan kedua untuk bertemu sama ada pemain Singapura Jason Teh atau wakil Indonesia Jonatan Christie.
Iklan
Dalam satu lagi perlawanan, Justin Hoh tewas 17-21, 15-21 kepada pemain China, Lu Guang Zu dalam pertemuan pertama mereka.
Sementara itu, dalam acara beregu campuran, pasukan Malaysia dikecewakan apabila pasangan pilihan keempat, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kecundang di tangan gandingan China, Cheng Xing-Zhang Chi, 16-21, 19-21 dalam perlawanan yang berlangsung 40 minit.
Iklan
Kekalahan itu menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua pasangan terikat 1-1 selepas Tang Jie-Ee Wei sebelum ini menewaskan pasangan ranking ke-16 dunia itu pada Terbuka Korea 2024. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>