Wanita dicabul ketika tidur dalam kereta

Iklan
Seorang wanita menempuh detik menakutkan apabila dicabul sebelum dipukul individu menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Medan Idaman, pada Selasa. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamad Lazim)

KUALA LUMPUR – Seorang wanita menempuh detik menakutkan apabila dicabul sebelum dipukul individu menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Medan Idaman di sini pada Selasa.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur berseorangan dalam sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pasar raya berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.42 tengah hari.

"Berdasarkan laporan, kejadian berlaku kira-kira jam 5.15 pagi apabila mangsa berusia 22 tahun, sedang tidur di dalam kereta yang di parkir di hadapan sebuah pasar raya di Medan Idaman.

Iklan

"Suspek dipercayai telah membuka pintu kereta mangsa dan menyamar sebagai pihak polis sebelum menutup mulut mangsa serta memegang bahagian sulitnya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, mangsa yang ketakutan sebelum menjerit meminta pertolongan.

Iklan

"Suspek kemudiannya bertindak menumbuk mata kiri mangsa hingga mangsa mengalami kesakitan dan bengkak.

"Suspek kemudian bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian dengan menaiki sebuah motosikal," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

"Polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.