KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa orang ramai perlu menghubungi suruhanjaya itu jika tidak mendapat agihan bantuan daripada kerajaan seperti yang tular hari ini.
SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menafikan dakwaan itu yang dipercayai merujuk kepada bantuan khas koronavirus (Covid-19) diumumkan kerajaan baru-baru ini.