Amorim dijangka kembali ke EPL

Iklan
Amorim

RUBEN Amorim disebut-sebut bakal membuat kemunculan semula segera dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dipecat oleh Manchester United, baru-baru ini.

Pengendali berusia 40 tahun itu kehilangan jawatannya di Old Trafford minggu lalu susulan prestasi hambar berterusan serta perselisihan faham dengan Pengarah Bola Sepak United, Jason Wilcox.

Iklan
Iklan

Meskipun tempoh 14 bulan di Manchester dianggap gagal termasuk menamatkan saingan di tangga ke-15 musim lalu, bekas pertahanan kental England, Sol Campbell percaya Amorim adalah calon paling sesuai untuk menggantikan Thomas Frank yang kini bergelut di Tottenham Hotspur.

Frank kini berada dalam situasi kritikal di utara London apabila Spurs hanya mencatatkan satu kemenangan dalam enam perlawanan liga, menyebabkan mereka tergelincir ke tangga ke-14.

Iklan

Malah, duka The Lilywhites bertambah apabila tersingkir awal daripada saingan Piala FA di tangan Aston Villa pada pusingan ketiga.

Campbell mendakwa pengurusan Spurs mungkin sudah memulakan langkah untuk memancing bekas pengendali Sporting CP itu.

Iklan

"Ruben Amorim. Mereka (Spurs) pasti sedang memerhatikannya.

"Mungkin mereka sedang berbincang dengannya sekarang, dan itu tidak mengejutkan saya. Saya tidak fikir dia akan kekal lama di Portugal," kata Campbell.

Menurut bekas pemain pertahanan Spurs itu, walaupun Frank adalah pengurus yang bagus, tekanan mengendalikan kelab besar seperti Tottenham jauh berbeza berbanding ketika di Brentford.

"Tottenham adalah kelab besar dan tekanannya berbeza. Mereka mahukan kejayaan dan sentiasa mahu bergerak ke hadapan.

"Jadi saya tidak terkejut jika mereka sedang bercakap dengan pengurus lain. Frank mungkin tidak pernah merasai tekanan bola sepak sebegini sebelum ini. Di Tottenham, anda perlu bijak menangani situasi, pemain, pihak atasan dan juga penyokong," ujarnya.