Pelajar cedera diserang selepas minta sarapan lewat waktu hidangan

Iklan
Rakaman CCTV menunjukkan Haradh dikejar oleh dia suspek dengan pisau selepas meminta sarapan di luar waktu hidangan di sebuah hostel terletak di Bilaspur, negeri Chhattisgarh, India. - Agensi

BILASPUR – Gara-gara minta sarapan selepas tamat waktu hidangan, seorang pelajar cedera dipercayai diserang oleh dua pekerja dewan makan di sebuah hostel terletak di Bilaspur, negeri Chhattisgarh, India.

Insiden yang berlaku di Tatya Bhil Boys’ Hostel itu pada mulanya hanya melibatkan perbalahan mulut, namun bertukar kecoh suspek apabila Deepak Kewat dan Dipendra Kewat, menyerang Harsh Agrawa menggunakan pisau dalam kawasan asrama.

Iklan
Iklan

Pegawai polis kanan, Pankaj Kumar Patel berkata, kedua-dua suspek telah ditahan selepas sekumpulan pelajar membuat laporan di Balai Polis Koni.

"Mangsa telah dikejarkan ke hospital terdekat dan hasil siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, Harsh dikejar suspek dengan senjata itu dalam persekitaran kampus.

Iklan

"Insiden itu turut tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan pelajar yang mendesak peningkatan kawalan keselamatan," katanya.

Susulan kejadian itu, pelajar yang menetap di asrama berkenaan menggesa pentadbiran universiti memandang serius insiden tersebut dan bukan sekadar perbalahan mengenai makanan.

Iklan

Mereka turut menuntut pengawasan lebih ketat di kawasan asrama serta akauntabiliti jelas daripada pihak pentadbiran terhadap keselamatan harian pelajar. - Agensi