'Atok Shado' kena serangan jantung

Iklan
Pempengaruh TikTok yang popular dengan kandungan dunia kecergasan dikenali ‘Atok Shado’ dilaporkan mengalami serangan jantung ketika menjalani latihan di sebuah gim.

SHAH ALAM - Seorang pempengaruh TikTok yang popular dengan kandungan dunia kecergasan dikenali ‘Atok Shado’ dilaporkan mengalami serangan jantung ketika menjalani latihan di sebuah gim pada Ahad.

Perkara tersebut dikongsikan seorang pengguna TikTok syawalqasha menerusi satu hantaran video.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran sama, dia turut memaklumkan keadaan Atok Shado kini stabil.

“Assalamualaikum siapa mengenai atok @zetrimumir63 telah mengalami heart attack (serangan jantung) masa tengah training (berlatih) semalam.

Iklan

“Sekarang dia sudah stabil, dimasukkan wad. Wad CCU HKL, tingkat 4 katil 5. Cuma tiada lagi berita lain. Anything i willl update (apa-apa saya akan maklumkan) ok,” katanya.

Atok Shado atau nama asalnya Zetri Munir dikenali melalui platform TikTok kerana sering berkongsi aktivitinya di pusat kecerdasan.

Iklan

Usia warga emas tidak pernah menghalang Atok Shado untuk kekal aktif dan konsisten menjalani gaya hidup sihat sehingga dikagumi ramai.