Kes pelajar UniSZA maut: Pemandu Honda Jazz diperintah jalani pemeriksaan mental I 12 Januari 2026

Iklan

Kes pelajar UniSZA maut: Pemandu Honda Jazz diperintah jalani pemeriksaan mental

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin memerintahkan pemandu Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut sehingga mengorbankan seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan di Kuala Terengganu menjalani pemeriksaan mental selama sebulan di Hospital Permai, Johor Bahru, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Iklan
Iklan

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas tertuduh, Mohd Izuddin Zakaria, 32, didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang boleh dihukum dibawah Seksyen dan Akta yang sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763676/berita/semasa/kes-pelajar-unisza-maut-pemandu-honda-jazz-diperintah-jalani-pemeriksaan-mental

Iklan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kespelajarUniSZAmaut #pemeriksaanmental #mahkamah

Iklan