WASHINGTON - Keputusan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) untuk melakukan pemindahan perubatan buat pertama kali telah mencetuskan persoalan tentang kemungkinan 'masalah misteri'.
Agensi tersebut memaklumkan tentang perkara itu selepas kebimbangan yang timbul memaksa mereka membatalkan aktiviti luar (space walk) Stesen Angkasa Kebangsaan (ISS) seperti dijadualkan pada Khamis.
Jurucakap NASA bagaimanapun tidak mendedahkan identiti angkasawan mereka yang berdepan isu kesihatan, namun mengesahkan keadaan disahkan stabil di makmal mengorbit.
"Melaksanakan misi dengan selamat adalah keutamaan tertinggi kami. Oleh itu, kami memutuskan untuk membawa pulang Crew-11 pada minggu depan dan dijangka mendarat di perairan California pada Khamis," ujarnya.
Difahamkan, Crew-11 dibarisi dua angkasawan Amerika Syarikat (AS), Zena Cardman dan Mike Fincke serta angkasawan Jepun, Kimiya Yui dan Oleg Platonov dari Rusia.
"Disebabkan privasi perubatan, adalah tidak sesuai bagi NASA untuk berkongsi butiran lanjut mengenai kru berkenaan," jelas kenyataan itu lagi. - Agensi