Muhammad Hazriq Firdaus hilang sejak Khamis

Iklan
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan Muhammad Hazriq Firdaus diminta tampil membantu siasatan.

SUBANG JAYA – Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat berada di kediamannya di Taman Puchong Permai, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja berkenaan pada jam kira-kira jam 9.31 malam.

Iklan
Iklan

"Remaja terbabit dikenali sebagai Muhammad Hazriq Firdaus Mohammad Ali, 15, yang merupakan warga tempatan.

"Remaja berkenaan kali terakhir berada di alamat No A-8-1-10, Jalan Permai 1/5, Taman Puchong Permai sebelum disedari hilang,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Katanya, remaja itu berketinggian 157 sentimeter dengan berat kira-kira 45 kilogram, berkulit hitam manis, berambut pendek hitam, berhidung mancung, bermata kecil dan berbibir tebal.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan remaja tersebut diminta tampil membantu siasatan.

Iklan

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor T Vanitha di talian 017-222 9832,” katanya.