Wanita hamil dibakar keluarga mentua selepas gagal lunaskan mahar tambahan

Iklan
Gudiya (kiri) bersama suaminya sebelum mati dibunuh. Foto: Agensi

NEW DELHI – Seorang wanita hamil empat bulan, dikenali sebagai Gudiya, 24, didakwa dibunuh oleh keluarga mentuanya di daerah Dholpur, Rajasthan, selepas gagal memenuhi tuntutan dowri tambahan (mahar tambahan secara adat), menurut polis tempatan pada Ahad.

Mayat mangsa kemudian dibakar kesemua suspek secara rahsia menggunakan unggun api daripada kepingan tahi lembu tanpa memaklumkan kepada keluarga kandungnya, sebelum keluarga mentua melarikan diri dari kampung berkenaan.

Iklan
Iklan

Gudiya, isteri kepada Pankaj Thakur dari Kampung Inchhapura, dilaporkan dibunuh di rumah suaminya pada Sabtu.

Kesan darah dan beberapa senjata termasuk kapak, penyodok dan kayu ditemui di lokasi.

Iklan

Polis menahan Pankaj Thakur pada malam kejadian, manakala ahli keluarga mentua lain masih diburu.

Menurut laporan bapa mangsa, Devendra Singh Parmar dari Agra, Uttar Pradesh, perkahwinan Gudiya pada 28 Mei 2025 disertai pemberian mahar bernilai 15 lakh rupee (kira-kira RM85,000) termasuk wang tunai, motosikal, barangan rumah dan perhiasan emas.

Iklan

Namun, keluarga mentua didakwa menuntut mahar tambahan seperti kereta, rantai emas dan seekor kerbau, sambil memberi tekanan mental dan penderaan fizikal terhadap mangsa.

Mangsa juga dilaporkan sering dipukul oleh suaminya sementara polis kini sedang giat menjalankan operasi untuk menahan semua suspek yang terlibat.

Undang-undang India melarang tuntutan dowri tambahan, dan keganasan berkaitan dowri dikategorikan sebagai jenayah (Dowry Prohibition Act 1961). Namun, malangnya, amalan ini masih berlaku di beberapa kawasan dan budaya. - Agensi