[VIDEO] Saya tiada niat nak jatuhkan Nubhan - Dr Fie

Iklan

SEREMBAN – Bekas isteri kepada penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad iaitu Dr Fie menegaskan bahawa beliau tidak pernah berniat untuk menjatuhkan bekas suaminya atau menjadikan kemelut rumah tangga mereka sebagai isu sensasi.

Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, berkata, luahan yang dibuatnya di media sosial hanyalah bersifat peribadi dan bukan bertujuan untuk disebarkan kepada pihak media.

Iklan
Iklan

Dr Fie (dua dari kiri) ditemani ibu bapa dan peguamnya ketika hadir ke mahkamah.

"Saya tiada niat nak jatuhkan dia atau jadikan ini isu panas rakyat Malaysia, cuma meluahkan perasaan saya di media sosial dan bukannya nak uar-uarkan di media tetapi media yang petik luahan saya itu.

Iklan

"Apa yang saya buat selama ini pun bukan untuk diri saya, tapi untuk anak-anak. Jika saya hanya fikirkan diri sendiri, dah lama saya keluar,” jelasnya ketika ditemui di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di sini pada Khamis.

Dr Fie berkata, anak-anaknya sangat berharap dapat terus tinggal di rumah yang didiami mereka selama ini kerana sudah selesa di situ.

Iklan

Malah katanya, mereka sering bertanya mengenai barang-barang sekolah, alat permainan yang masih ada di situ.

"Saya sabar kerana anak-anak, saya tak pernah nak fikir diri sendiri saya.

"Kalau saya nak keluar rumah bila-bila boleh tapi ada anak-anak, mereka tanya saya macam mana meja, barang sekolah dan alat permainan kerana sudah selesa di situ," katanya.

Dia turut mengingatkan Nubhan bahawa menguruskan anak-anak adalah tanggungjawab bersama dan sentiasa memastikan emosi mereka dijaga.

Terdahulu, Dr Fie yang ditemani ibu bapanya tiba di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan kira-kira jam 11 pagi.

Dia yang ditemani peguamnya, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff kemudiannya masuk ke kamar Unit Sulh untuk proses tuntutan harta sepencarian dengan Nubhan.

Bagaimanapun proses itu gagal kerana penyanyi terbabit tidak hadir.