Agong zahir pandangan perkasa PKS

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Steven di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada Rabu. Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong di Istana Bukit Tunku di sini pada Rabu

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan taklimat mengenai perancangan kementerian antaranya memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Iklan
Iklan

Sultan Ibrahim dipersembahkan taklimat mengenai perancangan kementerian antaranya memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana.Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Dalam pertemuan itu, baginda bertitah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan antara tunjang dalam usaha meningkatkan ekonomi rakyat selain memainkan peranan penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan isi rumah.

Iklan

Sultan Ibrahim turut menzahirkan pandangan bahawa sokongan berterusan daripada kerajaan serta agensi berkaitan amat penting bagi memastikan sektor PKS kekal berdaya saing dan mampan dalam jangka panjang.

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Steven di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada Rabu. Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Iklan

Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam sebelum ini memegang jawatan Menteri Sumber Manusia dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam rombakan kabinet diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Disember lalu.