KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Filipina pada 11.03 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 7.4 darjah utara dan 127.1 darjah timur, dengan kedalaman 67 kilometer (km).